Testimoni Ibu lahir anak G6PD??

by - Tuesday, December 22, 2015

Ketahui Apa Yang Ibu Bapa Bakal Hadapi Apabila Bayi anda G6PD..

Testimoni Puan jue.

Assalamualaikum dan hai semua.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman yang baru saya lalui iaitu berkenaan bayi G6PD Deficiency.

Bayi lelaki saya disahkan G6PD Deficiency.

Saya mengetahuinya setelah dimaklumkan oleh seorang doktor pada hari ke-2 selepas czer. Terkejut juga bila diberitahu, tapi saya terima dengan lapang dada. Suami adalah orang pertama yang wajib tahu dan seperti saya, suami juga menerima dengan redha.

Selepas discaj dari wad postnatal pada hari ke-3, saya dan bayi pada hari yang sama terus sambung masuk wad khas NICU atau di sini dikenali sebagai Special Care Nursery (SCN) Level 1 di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan untuk selama 5 hari.





Semasa daftar masuk, hanya saya dan bayi saja dibenarkan masuk. Sebaik masuk, bayi ditimbang dan diukur panjang serta sampel darahnya diambil.

Sementara itu, doktor memulakan soalselidik kepada saya. Antara soalan yang ditanya adalah :-

1. Umur saya (ibu)?

2. Adakah anak-anak lain mempunyai G6PD atau kuning?

3. Adakah saya (ibu) mengambil jamu atau ubat tradisional ketika hamil?

4. Adakah saya (ibu) mengambil herba atau ubat senseh ketika hamil?

5. Adakah saya (ibu) mengalami gatal-gatal ketika hamil?

6. Adakah saya (ibu) mengalami demam panas ketika hamil?

7. Anak ke berapa?


Selepas urusan daftar masuk dan soalselidik selesai, doktor mula menerangkan kepada saya secara in-person berkenaan G6PD Deficiency. Saya juga diberi sekeping kad warna merah yang mana kad tersebut mesti saya bawa setiap kali bayi saya menerima rawatan di mana-mana.

Ibubapa jangan panik !

So, ibubapa yang alami keadaan seperti saya jangan panik ya. Memang pada kebiasaannya, apabila bayi disahkan mempunyai G6PD Deficiency sejak lahir, bayi akan ditahan dalam wad jagaan khas (NICU) untuk selama 5 hari. Ibu juga akan turut bersama bayi dalam wad tersebut.


Perkara yang ibubapa terutama ibu kena tahu sepanjang 5 hari dalam wad tersebut adalah :


1. Hanya ibu dan bayi sahaja berada dalam wad. Suami atau ahli keluarga tidak dibenarkan masuk sama sekali ke dalam wad. Bayi juga tidak dibenarkan di bawa keluar.

2. Suhu badan bayi akan dipantau tiap hari

3. Tahap serum bilirubin bayi akan diperiksa melalui sampel darah bayi

4. Kekerapan bayi berak dan kencing serta warna najis

5. Pampers bayi akan ditimbang setiap hari

6. Berat bayi akan ditimbang setiap hari

Tips buat ibu yang ada anak G6PD & (Jaundis) Kuning :


1. Beri bayi susuibu sekerap yang boleh agar tahap kuning (serum bilirubin) bayi turun.

2. Jaga pemakanan dan minuman yang kita ambil.

Perkara Yang Ibu Perlu Elakkan Dari Segi Pemakanan :

1. Elakkan mengambil makanan yang berempah, berkunyit, serai, dsb. (pada peringkat awal ni sebaiknya cuba elakkanlah)

2. Elakkan mengambil jamu tradisional, ubat senseh, dsb.


Tips berpantang di rumah dengan bayi G6PD/Kuning :


1. Meminum susu kambing setiap hari.

2. Sup ayam dengan sayur yang dimasak hanya menggunakan bawang merah & putih sahaja.

3. Tetap mengambil vitamin bajet untuk berpantang seperti Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Zinc Complex dan Ostematrix. Set ni sesuai untuk saya yang baru lepas bersalin secara czer dan dalam masa yang sama bayi fully BF serta ada G6PD. So far, alhamdulillah.

Cepat hubungi sha untuk dapatkan SET BERPANTANG dengan HARGA YANG SUPER DUPER JIMAT!!!

Pengalaman dalam wad NICU yang meruntum jiwa


Pengalaman lima hari bermalam dalam wad NICU, melihat sendiri ibu dan bayi yang mengalami masalah seperti lahir premature + kuning, bayi dalam fototerapi, ibu yang tak bersama bayi dan tiap hari menangis, diambil darah sebegitu, memang amat meruntum jiwa seorang ibu.

Saya sendiri tak dapat tidur nyenyak, bukan kerana mengenang bayi sendiri tetapi sayu melihat bayi orang lain.

Kadang-kala sampai menitis airmata saya bila melihat sendiri di depan mata. Bila melihat bayi sendiri ada G6PD, sedangkan bayi kepada ibu lain juga melalui pengalaman lebih dari itu.

Saya hanya mampu mendoakan agar ibu dan bayi mereka ini diberi kekuatan agar sembuh seperti sediakala, aamiin.

Semoga perkongsian pengalaman ini bermanfaat buat anda.

Kredit jue

Untuk pertanyaan boleh terus hubungi sha yee 😊😊😊






Wakil pengedar shaklee anda di JOHOR BAHRU
SHA DARWISYAH
TEL/WHATSAPP: 011-217 66769
Shaklee Independent Distributor ID 1168055

You May Also Like

0 ulasan

Instagram