Nasi Ayam MABELESS

by - Wednesday, December 16, 2015

Assalamualaikum...Hari ni anak2 dok reqeust nak makn nasi ayam...Niat hati malas nak masak,igt nk masak mihun grg je...
.
.
Tapi anak dara yg sulong ni asyik ckp je "ibu dah lama ibu tak msak nasi ayam,buat lah ibu"...bila anak2 dah request ,ibu pun buat lah..
.
.
Sebenarnya dah lama jugak sha tak masak nasi ayam ni,so ape lagi mengoogle lah..hahaha
.
.
Bab mengoogle resepi2 ni,sha suka menjengah ke BLOG KAK ITA MASAM MANIS & BLOG TIFFIN BIRU..
.
.
So , resepi ni pun sha amek kat blog kak ita,tapi sha ada olah sikit..hihi
.
.
Cuba lah,senang je..anak2 pun ckp sedap sangat,macam nasi ayam kat RASAMAS..😅😅😅
.
.
Request pulak dri anak2..NASI AYAM SEDAP MEBELESS...


 RESEPI NASI AYAM MABELESS..

.
.

👉Lauk Ayam


🐔1 ekor ayam
🐔Halia
🐔Bawang putih
🐔Bawang merah
.
.

👉Bahan perap:


🍄Sos tiram
🍄Kicap cair
🍄Kicap manis
🍄Madu
🍄Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
.
.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
.
.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
.
.
👉👉Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.

👉Nasi Ayam:

🌾Mentega
🌾Air rebusan ayam
🌾Bawang merah
🌾Bawang putih
🌾Halia
🌾2 helai daun pandan
🌾1 helai daun salam (bay leave)
🌾Susu full cream
🌾Serbuk ayam - saya guna perencah meggi ayam
🌾Garam
🌾Gula
🌾Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
.
Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. .
.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
.
.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
.
.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
.
.

👉SAMBAL CILI


🌿5 biji cili padi merah siam
🌿5 ulas bawang putih
🌿2 cm halia
🌿1 sudu teh cuka
🌿1 sudu teh garam
🌿1 sudu teh gula
🌿1/2 cawan air rebusan ayam
🌿Sos tomota
.
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
.
.

👉KUAH KICAP


Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.
.
.

👉KUAH SUP


🐤Air rebusan ayam tadi
🐤Garam
🐤Serbuk ayam
🐤Daun bawang - tabur
🐤Bawang putih goreng - tabur
🐤Serbuk lada putih

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan serbuk lada putih, garam dan serbuk ayam.
.
.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang. & Dah boleh makan panas2..😊😊😊

============================================



Wakil pengedar shaklee anda di JOHOR BAHRU
     

Sha Darwisyah
                      TEL/WHATSAPP: 017-721 3894
        Shaklee Independent Distributor ID 1168055
                EMAIL :shadarwisyah@gmail.com

You May Also Like

1 ulasan

  1. 1st time buat letak susu,mmg sedap dri x letak...cuba lah..

    ReplyDelete

Instagram