10 Resepi Mudah Ibu Berpantang.

by - Tuesday, January 12, 2016


10 Resepi Mudah Untuk Ibu Berpantang



Saya kongsikan 10 resepi di bawah khas buat para suami yang bakal mengambil tanggungjawab sebagai chef ketika isteri di dalam pantang. In shaa Allah, caranya memamg mudah. Lagipun bahan masakan untuk ibu berpantang tidaklah serumit mana.

Masak dengan kasih sayang, tentu lebih sedap rasanya kan? Jom follow 10 resepi di bawah.


#1. Ikan Panggang


Basuh bersih dan kelar ikan kembung/selar/merah/tenggiri
Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan (kalau anak jaundis, lumurkan garam dan lada hitam sahaja)
Bakar atau panggang menggunakan pemanggang ajaib
Jika mahukan ikan bakar beraroma, balutkan ikan dengan daun pisang ketika proses memanggang.
Siap dan boleh makan bersama nasi panas yang ditabur lada hitam tumbuk.


#2. Singgang Ikan
 


Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air
Didihkan. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun.
Bila sudah didih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan tenggiri/ selar/kembung. Perasakan dengan garam
Angkat apabila ikan sudah masak

**Biasa kami menggunakan ikan tongkol untuk memasak singgang ikan. Tetapi untuk ibu berpantang, ikan tongkol ini dikatakan gatal. Jadi gunakan sahaja ikan selar/kembung atau tenggiri.

**Kunyit, lengkuas dan bawang putih nak tumbuk atau hiris-hiris pun boleh.


#3. Sup Lobak Putih


Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu
Masukkan ikan bilis dan tumis seketika. Masukkan air dan didihkan sehingga layu
Bila sup mendidih, masukkan lobak putih dan sedikit lada hitam. Perasakan dengan garam
**Nak nampak cantik, boleh hiriskan lobak merah halus-halus

**Lobak putih bagus sangat untuk banyakkan susu badan. So menu ini memang menjadi kewajipan ketika berpantang


#4. Sup Ikan Merah



Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi
Kemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan kentang.
Agak-agak kentang dah empuk, masukkan ikan. Kemudian masukkan lada hitam dan sedikit garam.
Taburkan daun sup bila hidangkan kepada mak berpantang 


#5. Tenggiri Goreng Halia


Bersihkan ikan tenggiri dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
Goreng dengan sedikit minyak
Baki minyak digunakan untuk menumis halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
Masukkan sedikit air dan kemudiannya masukkan ikan yang sudah digoreng tadi


#6. Ayam Bakar Lada Hitam




Basuh ayam sehingga bersih
Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
Bahan kisar bancuh bersama sos cili, kicap pekat, serbuk lada hitam, madu, sedikit garam dan gula
Perap ayam dengan bahan yang telah disatukan
Bakar/panggang menggunakan pemanggang ajaib
**Boleh dimakan bersama bersama sup sayur

**Mak saya tidak benarkan saya makan kicap mahupun sos cili ketika di dalam pantang. Jadi, jika anda tidak mahu campurkan bersama pun boleh juga.


#7. Sup Daging Bersama Kentang Dan Carrot


Potong daging dan bersihkan
Tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
Masukkan air, daging dan kentang. Didihkan sehingga daging dan kentang empuk
Masukkan hirisan lobak merah


#8. Kerabu Pegaga



Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
Gorengkan tanpa minyak sehingga bahan kering
Gaulkan dengan pegaga yang telah dibersihkan
Makan dengan nasi panas dan ikan bakar memang ummp!!


#9. Tenggiri Berserai


Bersihkan ikan tenggiri. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan. Kemudian bakar menggunakan pemanggang ajaib.
Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan serai yang telah diketuk.
Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
Kemudian masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
Boleh juga masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat


#10. Ikan Merah Stim Halia Dengan Bawang Putih




Bersihkan ikan merah. Lumur ikan dengan garam.
Hiris bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, lobak merah dan batang saderi
Letakkan ikan dan semua bahan hirisan di dalam satu bekas. Kukus sehingga ikan masak.

**cara memasak untuk ibu berpantang adalah lebih simple kerana ada banyak yang ibu masih belum boleh makan. Umpanya cili padi, dan sos ikan. Andaikata mahukan rasa yang agak masam, boleh perah limau nipis, tetapi jangan terlalu banyak.

Selamat mencuba 😊😊😊..

You May Also Like

0 ulasan

Instagram