Ibu Bersalin Sembelit

by - Thursday, December 17, 2015

Testimoni Ibu Berpantang mengalami SEMBELIT


***********************************************
Kredit : DIARI MAMA


Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi


Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Ada dua perkara yang paling mengerikan saya sepanjang kehidupan saya. Satu ialah pengalaman kena induce sebanyak tiga kali sebelum Aleesya dilahirkan secara normal dan kedua; sembelit dalam pantang ketika bersalinkan Qistina. 

Benarlah kata orang, setiap anak ada ‘part’ masing-masing. Jika ketika hamil ok, ketika bersalin pula dugaannya. Sebab itulah ganjaran ibu hamil dan bersalin ni besar Allah kurniakan. 

Jadi hari ini saya ingin kongsikan pengalaman ngeri masalah sembelit saya ketika berpantang  Qistina.


Jika artikel ini berbentuk video, sudah pasti siarannya kategori 18sg. 

Nasib baiklah artikel ini berbentuk tulisan, jadi tidaklah ngeri sangat. 

Tetapi saya cubalah untuk sampaikan dalam bahasa mudah betapa saya menyesal kerana kurang sangat ilmu bab-bab sembelit ketika berpantang ni. 

Maklumlah, anak pertama. Semoga perkongsian saya hari ini boleh menjadi iktibar ibu-ibu muda di luar sana.

Ngerinya Sembelit!!

Perjalanan sepanjang kehamilan dan proses melahirkan Qistina memang sangat mudah. Agaknya jika lambat lima minit ke hospital, mungkin saya bersalin dalam kereta. 

Qistina keluar macam didorong oleh air yang sangat banyak, sehinggakan suami yang ada dalam bilik bersalin pun cakap “laa..senang je bersalin rupanya”. Dan saya pun memang rasa “aah la..memang senang je bersalin”. 

Kiranya memang tidak sama langsung seperti yang digemburkan orang ramai yang cakap bersalin tu sakit. Eksyen la masa ni.

Pengalaman ngeri saya bermula ketika minggu ketiga berpantang. 

Ketika itu saya sudah pun berada di kampung. Saya tidak tahu pula dalam pantang WAJIB membuang hari-hari untuk elak najis mengeras. 

Seingat saya hari kejadian sudah tiga atau empat hari saya tidak ke tandas untuk membuang. Saya saja tahan sebab sibuk uruskan anak yang asyik ingin berdukung ketika itu. 

Jadi saya rasa ke tandas adalah aktiviti membuang masa. Selagi boleh tahan, tahan ajalah.



Sehinggalah hari ‘itu’, saya ke tandas kerana perut memang tidak selesa. 

Ketakutan bermula apabila proses penyingkirannya amat sukar dilaksanakan. Pada awalnya saya menangis sendiri. Lama-kelamaan arwah ibu mula sedar saya tidak keluar dari tandas dalam tempoh agak lama. 

Ibu mula memanggil dari luar. Agaknya dia risau ada perkara buruk mungkin berlaku. Saya menyahut dan menyatakan saya sembelit sambil menangis kesakitan.

Ibu mula risau dan menawarkan pertolongan. Dia nak masuk dalam tandas tapi saya tidak benarkan. 

Malu!! 

Macam-macam cara dia ajarkan dari luar pintu supaya saya dapat keluarkan najis yang super keras itu. Ya Allah… Allah Maha Tahu betapa ngerinya saya ketika itu melihat darah mula memancut keluar dan mangkuk tandas yang putih bertukar wajah menjadi warna merah akibat percikan fresh blood.



Sudahlah jahitan bersalin saya banyak, ditambah pula dengan masalah sembelit. Risau dan panik sangat jika jahitan kembali terbuka.

Lama tau saya duduk dalam tandas waktu itu. Lebih sejam. Dan selama hampir sejam jugalah saya menangis dalam tandas. Arwah pula menangis di luar tandas.

Selepas daripada peristiwa itu, saya menjadi fobia untuk ke tandas, Saya takut sangat bila ada gesaan dari perut untuk ke tandas. 

Tetapi, kakak saya sudah pesan siap-siap walau apa pun yang terjadi, wajib ke tandas hari-hari. Dan selama lebih seminggu jugalah setiap kali saya membuang, memang darah fresh akan keluar bersama dan membasahi mangkuk tandas. 

Pedih, sakit dan perit ketika membuang tidak usah diceritakan lagi. Sehinggakan ketika menyusu pun saya perlu lapik punggung saya tebal-tebal dengan bantal.

Ayah ada belikan saya ubat cecair yang perlu dicucuk masuk ke dalam dubur untuk melancarkan perjalanan keluar najis. 

Tapi, kalau dah kawasan itu cedera dengan teruk jangan mimpilah nak pakai benda tu sebab sakit sangat. Kena tunggu luka kering, barulah boleh. 

Tapi, macammana nak kering dengan mudah sebab kita gunakan laluannya setiap hari kan? Oh…dilema sungguh.

Kesan daripada sembelit tersebut sebenarnya dapat dirasakan sehingga sekarang. Walaupun bukan tahap sehingga buasir, tetapi bunga-bunga buasir tu sebenarnya macam sudah ada. 

Sehinggakan saya cukup fobia untuk menambah anak bila terkenangkan pengalaman sembelit.

Rupa-rupanya bukan saya seorang yang mengalami fobia sembelit sehingga takut untuk bersalin lagi. Ada juga yang senasib dengan saya.

Memang sesal separuh nyawa sebab saya tidak diperkenalkan dengan Set Pantang Shaklee dengan lebih awal. 

Kebetulan pula Qistina prolonged jaundis (demam kuning). 

Jadi, segala jamu yang saya beli hampir RM400 terbengkalai tidak dimakan. 

Hanya ambil herba mandian dan sapu sahaja. Memang pantang yang haru biru sungguh. Sehinggakan badan pun rasa tidak sedap sehingga terbawa-bawa sampai sekarang.

Saya sangat sarankan anda dapatkan Set Pantang Shaklee ketika sedang hamil lagi supaya anda dapat elak daripada terkena sembelit. 

Jangan cuba-cuba nak rasa bagaimana sakitnya sembelit ya sebab kemungkinan tahap fobia anda itu sehinggakan tengok tandas pun ngeri.

Untuk rujukan fungsi dan testimoni Set Bepantang Shaklee, anda boleh klik di sini SET PANTANG TERBAIK.

Jika anda tidak mahu jadi seperti saya yang terpaksa menyaksikan mangkuk tandas yang putih melepak bertukar menjadi merah ketika melepaskan hajat, cuba Set Pentang Shaklee.

Boleh mengelakkan sembelit, boleh banyakkan susu badan dan bagus juga diamalkan sekiranya anak kena demam kuning. 

Memang tak rugi la senang kata. Jika anda ingin dapatkan Set Pantang anda dengan segera, terus sahaja berhubung dengan saya. 

Penghantaran di sekitar Johor Bahru adalah PERCUMA.  In shaa Allah saya akan bantu anda bagaimana cara makan yang paling tepat supaya anda tidak lagi dihantui sembelit.

Atau uolls boleh beli secara online di website Shaklee . Cumaa klik saja.


Atau pun uolls boleh wasap Sha dulu untuk pertanyaan yang lebih lanjut ok.



Wakil pengedar Shaklee anda di JOHOR BAHRU



         SHA DARWISYAH
 TEL/WHATSAPP: 017-721 3894
Shaklee Independent Distributor ID 1168055
EMAIL : shadarwisyah@gmail.com

You May Also Like

0 ulasan

Instagram