Resepi laksa Johor

by - Thursday, October 18, 2018

Gambar laksa ni ambil ehsan pak cik goggle,
Gambar laksa sendiri lupa nak ambil, hahaha sedap kan.
Assalamualaikum. Entry kali ni, Sha nak kongsi kan dengan uolls resepi laksa johor dari mak mertua Sha dan Sha ada edit juga, ceduk sikit2 dari blog kak ita masam manis. Memang sedap. Fav Sha dan suami kuah laksa Johor ni.

Uolls tahu tak, laksa Johor ni di kategorikan laksa yang paling mahal dan paling rumit penyediaannya berbanding laksa2 yang lain.

Laksa Johor ni memang popular bagi kalangan penggemar laksa johor. Sebut je kat mana laksa johor yang sedap, mesti tau punya. ( kalau yang tak tau tu pandai2 korang lah ye, masak sendiri je😂).

Resepi laksa Johor yang original sebenar nya menggunakan ikan parang tau, tapi ada je yang guna ikan kembung selayang. Sha setakat ni guna ikan kembung je, sedap pun sedap gak. Proses nak asingkan isi dan tulang pun mudah sikit.

Tapi sekarang ni Sha guna Preasure cooker je. Mudah sangat, tak perlu dah asingkan isi dan tulang. Sebab tulang ikan pun dah lembut sangat, bila blender hancur semua. Masukkan ikan yg dah siang dan air paras ikan dan masukkan 2-3 asam keping, lepas tu tekan je tendon 40minit.

Sebelum ni kerap dengar orang cakap, laksa Johor ni paling susah nak buat. Banyak renyah kata nya. Hahaha tapi percaya lah uolls, kalau ikut step by step memang senang yakmat tau.

Ok kita start ye. Ini bahan2 nya. Mula2 uolls pergi kedai dan beli semua bahan2 yang Sha list kan ni.  Step2 buat kuah nya Sha letak di bawah ya.


➡️BAHAN KUAH

Bahan kisar⬇️
➡️6 biji Bawang merah
➡ 2 ulas bwang putih
➡ halia sikit dalam 1 inci
➡ lengkuas dalam 1 inci
➡ Lada kering dalm 15-20 tangkai

Bahan untuk di sangai tanpa minyak⬇️
➡️Jintan manis 2 sudu besar
➡️Ketumbar 2 sudu besar
Kemudian di tumbuk halus

Santan pekat 1biji atau 1/2 kotak Santan kara
Udang kering 2 pek (Sha guna yang pek kecil tu, 1 pek RM1.20)
2 sudu makan Rempah kari ikan
Udang basah 250gm-300gm
Ikan kembung 1 kilo
Ikan masin kurau dalam 1 keping sederhana besar.
Kerisik 2 sudu besar
Gula melaka 1/2 biji
1 Serai ketuk
1 Bunga kantan di belah
Daun kesum
Asam keping 2-3

➡️BAHAN UNTUK ULAM

Gambar pinjam dari blog kak ita masam manis

Timun - buang empulur tengah dan hiris halus bulat
Taugeh
Daun kesum - di mayang halus
Daun selasih - di mayang halus
Kacang panjang - hiris halus
Bunga kantan - mayang halus
Limau kasturi
Lobak asin - potong dadu
Bawang merah besar - hiris halus bulat

➡️ BAHAN UNTUK SAMBAL BELACAN

10 ~ 15 tangkai cili padi
2 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1 keping belacan bakar ~ anggaran besar 50 sen
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk semua bahan hingga halus
Perahkan jus limau kasturi

Ok kita buat step by step kuah nya .


 Santan pekat 1 biji / 1/2 kotak santan kara


2 sudu rempah kari ikan di bancuh dengan air
Udang kering direndam dan di tumbuk halus or nak kisar kering pun boleh.


Udang basah 250-300gm

Asingkan isi udang dengan kepala dan kulit nya. Kemudian rebus kepala n kulit udang dengan sikit air.

1. Blend kepala n kulit tadi dengan air rebusan udang. Hampas buang.

Kemudian Isi udang blend juga dengan air rebusan udang. Asingkan mangkuk nya ya.


Isi ikan kembong sekilo.

Siang ikan kembong dan cuci bersih dan kemudian  rebus ikan.

Bila sejuk, asing kan tulang kepala dan isi ikan.

1 bekas isi ikan blend dgn air rebusan ikan.

1 bekas kepala n tulang ikan blend dengan air rebusan juga. Hampas tulang sila buang ya. Jgn cmpur sekali lak, kang ada yang tercekik.


Gula melaka ni saya guna suku dari 1 ketul tu.

Lada blend tu dalam nya ada
➡ 6 biji Bawang merah
➡ 2 ulas bwang putih
➡ halia sikit dalam 1 inci
➡ lengkuas dalam 1 inci
➡ Lada kering dalm 15-20 tangkai

Dalam mangkuk kecil tu adalah
➡ Jintan manis 2 sudu besar
➡ ketumbar 2 sudu besar.
Kedua bahan ni Sangai dalam kuali dulu then tumbuk hancur.


Dalam pingan tu ada Daun kesum + serai titik + bunga kantan belah + asam keping. (Ini untuk letak akhir sekali)

Ok, kita start menumis ya.


Ikut turutan pada gambar ye.

1. Panas kan minyak
2. Tumis bahan2 blender
3. Masukkan serai dan tumis hingga naik bau
4. Kacau hingga naik minyak
5. Masukkan jintan dan ketumbar yang ditumbuk halus
6. Masukkan rempah kari, dan masak hingga garing.


7. Masukkan air tulang ikan
8. Di ikuti air kepala dan kulit udang
9. Setelah mendidih kuah nya, masukkan udang kering
10. Dan santan masukkan juga
11. Lepas itu masukkan isi ikan
12. Masukkan isi udang dan tunggu kuah nya mereneh sebentar.
13. Masukkan asam keping
14. Masukkan gula melaka
15. Akhir sekali masukkan daun kesum serai dan bunga kantan. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. Masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Ok lepas dah didih tu dah boleh lah makan. Ops lupa, laksa johor ni makan nya dengan spagheti.  Spagheti di rebus , didihkan dulu ye air rebusan nya lepas tu baru masukkan spagheti. Masak hingga empuk. Jangan lupa letak sedikit garam dan minyak. Minyak ini kegunaan nya untuk mengelakkan spagheti kita melekat-lekat. 

Pic laksa yang sudah siap lupa pula nak ambil . Tak teringatkan, sedap je makan. Esok nya baru teringat lupa ambil gambar laksa yang dah siap😂. In syaa allah, kalau Sha buat lagi, Sha masukkan ok gambar laksa nya. 



You May Also Like

0 ulasan

Instagram