Ayam masak kicap mudah

by - Wednesday, October 17, 2018


Assalamualaikum. Hari ini hari rabu, hari ini anak2 tengah exam sekolah kebangsaan. Seorang darjah 4 dan darjah 2. Macam biasa, anak2 yang exam di sekolah, ibu di rumah yang stress. 

Stress paling utama setiap ibu sekarang ni,sebelum tidur dan selepas bangun pagi pening nak masak apa untuk tengahari nanti. Itu baru stress nak masak apa, belum lagi malam nanti, stress anak2 yang nak exam esok nya, ibu yang sibuk study. 

Hahaha ibu memang stress , tak tau nak masak apa, nak masak kari baru 3 hari lepas ibu ni masak kari asam pedas ikan siakap. Nak masak lemak ciliapi pun sebelum itu dah masak. Paprik ayam pun sudah semalam. Gulai asam pedas pula kelmarin. Harini ibu tak tau nak masak apa. 

Setelah di pikir2 makanan fav anak2, ibu putus kan masak ayam masak kicap saja. Walaupun simple tapi anak2 Sha memang suka sangat ok. Ok tak perlu sembang banyak sangat, ini Sha share kan resepi mudah ayam masak kicap.


Bahan-bahan:

Ayam seekor goreng jangan garing sangat
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Lada kering hiris
Sos tiram 2 sudu makan *
Sos cili 2 sudu makan *
Sos tomato 1 sudu makan *
Sos lada hitam 1 sudu makan *
(Yang ini kalau mahu lebih pedas letak lah 2 or 3 sudu)
Kicap pekat 2 sudu makan *
Kicap lemak manis 3 sudu makan *


Ini bahan yang bertanda * campurkan semua dalam mangkuk. Senang nanti nak letak dalam kuali.

👉. Mula-mula tumis bahan hiris dulu sampai naik bau

👉. Masukkan bahan2 sos kemudian masak sampai didih. Tambah kan air sedikit. Kalau pekat sangat tambah lagi air. Ikut lah uolls nak pekat or cair sedikit.

👉. Masukkan gula sedikit dan perasa . Garam rasa nya tak perlu dah. Tapi kalau rasa tawar ke letak lah. 

Boleh je masukkan carrot or kentang, ikut uolls nak makan kan😅, Sha tak letak sebab dalam peti ais tak ada barang2 tu hahaha.  Dan Sha masukkan daun sup n daun bawang. 

Ayam kicap ni Sha letak lada kering tak banyak sebab anak2 nanti pedas pula kan. Yang suka pedas sorang saja, lagi 3 tak suka pedas. 

Ok sekarang dah selesai pun masak. Sha memang masak awal, sebab pukul 12.00 Shafiy balik sekolah agama dan masa tu lah kelam kabut nya, nak siap kan dia dan nak suap dia makan dulu sebelum van datang pukul 12.30 untuk sek keb pula kan. 

Ok lah, selamat mencuba😙.
Kalau ada yang dah cuba resepi mudah Sha ni, rajin2 lah korang share kat sini ea. Tq😘



You May Also Like

0 ulasan

Instagram