Holiday di Cameron Highland

by - Sunday, December 11, 2016

Assalamualaikum

Malam ni tetiba rasa nak share pasal percutian family i dengan uolls semua.

Bulan 12 kan, budak2 cuti sekolah panjang ni lah ramai parents ambil kesempatan untuk bawak anak2 brcuti.

Kali ni , kami bawa anak2 pergi Cameron Highland. Mertua and adik ipar i yang bongsu tu pun ikut sekali.

Tapi sebelum pergi ke Cameron Highland, kami singgah bermalam di Kuala Lumpur dulu. Biasalah, akhir2 tahun ni Sogo mesti buat sales gila2 kan , sempat lah kami beli uniform sekolah anak2 hehehe i pun dapat lah 1 handbag. Murah tau..

Ok tak mau cerita pasal shopping mopping ni k.

Ok, dari kl kami pergi ke Cameron melalui Tapah, ok Jalan Tapah nak ke Cameron memang kecik tau. Berbanding dengan Simpang Pulai. Cuma melalui Tapah ni kita kena lebih berhati2 lah kan, dah lah jalan kecik lepas tu selisih dengan bas lah lori2 besar lah..aduhai mak, seriau pun ada tau.

      
       

Sampai sana kami checkin homestay je, sebab masa tu last minit punya planning, so hotel dekat Brinchang memang FullHouse tau. So kali ni kami untuk bermalam ni Tanah Rata, Carnation Apartment. Cari je di FB dekat group Cameron Highland, ramai tau yang buat homestay, so kita kena pilih yang ok. 

1st day kami di Cameron Highland hmm agak pasrah juga tau, yela kami sampai kat kul 2 lebih, pastu owner rumah pula lambat datang nak bagi kunci. Ayoyoyo dah waste time tau kat situ.

Dah lepas masuk rumah tu, lepas settle kan anak2 n solat, kat pukul 5 juga kami semua keluar semula. Planning masa tu nak pergi Ladang Teh di Sungai Palas, nak pergi tengok rama- rama & nak pergi petik strawberry tau ( kononnya), tapi apakan daya, tak sampai 10 minit dalam kereta hujan pula. Hmm kami round2 je lah kat Tanah Rata tu.

Lepas tu sebelum balik homestay, kami singgah pasar malam Brinchang dulu. Beli lah apa2 yang nak makan. Ohyaa, pasar malam Brinchang ni ada tiap2 Jumaat je tau.

So planning kami yang di atas ni semua, kami buat esok nya. Pukul 10 pagi dah keluar.

So ini lah gambar2 kami di atas Cameron Highland, ada banyak juga tempat lain kami p, tpi lupa lak nk ambil pic.

Tengok tu, ayam turkey pun di marah nya, cian ayam hahaha

Sedap tau..tapi comei no strawberry nya


Nampak tak belakang i tu pokok apa? Tu lah pokok starwberry,tapi strawberry yilek



Pandai berselfie melpie dah si kecik maira ni..

Tengok tu mulut pun tak basuh lagi,sibuk nak bergambaq jugak

Cantik kan, macam pro lak yg ambil pic ni. Sha guna note 5 ja ni. 


Apa keno anak teruna i ni hah, haissh 

Paling suka tengok pic ni tau, hahaha siap buat wallpaper tau ni. Cantek kan.


Anak2 teruna ibu. Shafiy dan Hadif. Btw Hadif muka cam ala2 korea kan, hahahaha penangan layan korea masa preggy kan Hadif.


Wahh berani tul mil sha ni..hihi




Hah ni tempat ulat gonggok tau. Besaq gila weh









Ok lah, sampai di sini saja k. Lepas tu kalau dah ada di CH ni, jangan lupa beli Jagung dan buah jambu hijau n pink tau. Sedap weh. Try lah, pic xde . In syaa Allah, nanti ada masa Sha potong jagung n jambu tu Sha letak pic di komen tau.

Ok bai2 Assalamualaikum semua., mata ngantuk sangat2 dah ni..


Nak produk Shaklee, hubungi Sha terus tau 😘.

You May Also Like

0 ulasan

Instagram